Lelaki maut motosikal dirempuh lori

Lelaki maut motosikal dirempuh lori

KEADAAN motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Sungai Sam-Dabong berhampiran Kampung Slow Temiang, Kuala Krai, Kelantan hari ini-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang lelaki maut motosikal ditunggangnya dirempuh dari arah bertentangan oleh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Sungai Sam-Dabong berhampiran Kampung Slow Temiang disini tengah hari tadi.

Kejadian itu menyebabkan mangsa maut lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda AFS110 dari arah Kuala Krai menghala ke Dabong.

“Sementara, lori jenis Isuzu dari Kuala Gris menghala ke Manek Urai. Setiba di lokasi kejadian iaitu di jalan selekoh, motosikal mangsa telah hilang kawalan dan terjatuh sebelum terseret masuk ke laluan bertentangan.

“Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, lori yang datang dari arah bertentangan tidak sempat membrek dan telah melanggar motosikal tersebut bersama penunggangnya lalu terbabas ke bahu kiri jalannya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk dibedah siasat. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan secara terperinci,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN