Lelaki maut kereta dihempap lori bawa muatan batu - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta dihempap lori bawa muatan batu

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan membabitkan dua buah lori dan lapan buah kereta di persimpangan memasuki Jalan Lingkaran Tengah Seremban berdekatan Stesen Minyak Caltex, Rahang di Seremban tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki meninggal dunia selepas tersepit dalam kereta apabila kenderaannya itu dihempap sebuah lori membawa muatan batu dalam nahas membabitkan dua buah lori dan lapan buah kereta.

Kejadian berlaku berhampiran persimpangan memasuki Jalan Lingkaran Tengah Seremban berdekatan Stesen Minyak Caltex, Rahang di sini tengah hari tadi

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohamad Idris berkata, dalam nahas kira-kira pukul 1.28 petang itu, mangsa berusia 40-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan akibat tersepit.

Tambahnya, seorang individu lain mengalami cedera parah manakala dua lagi mengalami kecederaan.

“Mangsa yang kenal pasti, seorang meninggal dunia, seorang cedera parah, dua cedera ringan. Kami mengambil masa hamper dua jam untuk mengeluarkan mangsa termasuk menggunakan bantuan kren kerana kereta mangsa betul-betul tersepit di bawah lori.

“Selepas mengeluarkan mangsa kami serahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Ketika mengeluarkan mangsa, pihak pegawai dari Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia, ” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Kata beliau lagi, sepasukan anggota bomba seramai 12 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Ampangan bersama satu jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN