Lelaki lari tinggalkan 150,000 batang rokok seludup

Lelaki lari tinggalkan 150,000 batang rokok seludup

SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas Batalion 9 PGA Kuala Terengganu dalam serbuan di jalan Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki lari lintang-pukang dengan meninggalkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria yang sarat mengandungi 150,000 batang rokok seludup di jalan Kampung Panji di sini semalam.

Serbuan pukul 4 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu selepas berjaya mengesan sebuah MPV yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisoner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sejurus menyedari kehadiran anggota pasukan itu lekai yang merupakan pemandu MPV tersebut terus berhenti di tepi jalan.

Menurutnya, lelaki tersebut kemudian bertindak melarikan diri bagi mengelakkan dari ditahan anggota PGA.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas MPV itu membawa kepada penemuan 150,000 batang rokok putih tidak bercukai.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 180,000. Kita tidak menolak kemungkinan suspek yang merupakan warga tempatan bertindak sebagai penghantar rokok tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua barang rampasan di bawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Taman Bakti, Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. 

“PGA akan terus melipat gandakan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya