Lelaki ditahan disyaki bunuh dan bakar rakan - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan disyaki bunuh dan bakar rakan

RUMAH teres setingkat kejadian bunuh dan bakar berlaku di Sitiawan, awal pagi tadi. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membunuh lelaki dikenalinya sebelum membakar kawasan ruang tamu tempat mangsa ditemukan di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Sitiawan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman, berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian kebakaran rumah tersebut pada pukul 2.39 pagi.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat telah mengawal kebakaran yang berpusat di ruang tamu rumah tersebut dan pemeriksaan menemui mayat lelaki dalam keadaan rentung dan tertiarap di situ.

“Siasatan mendapati terdapat seorang saksi melihat suspek lelaki dikenali telah masuk ke dalam rumah dan terdengar bunyi hentakan di ruang tamu.

“Kemudian, suspek dilihat keluar dari rumah dan kembali semula dengan membawa dua bekas mengandungi cecair disyaki petrol dan meninggalkan rumah tersebut sebelum saksi menyedari berlaku kebakaran,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek berhampiran tempat kejadian dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 atau menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222.

Terdahulu media melaporkan eorang lelaki rentung apabila sebuah rumah teres setingkat dihuni lapan orang terbakar dalam kebakaran awal pagi tadi di Taman Muhibbah 2, Sitiawan dekat sini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib, 46, gagal menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira pukul 2.38 pagi itu.

Sementara, tujuh lagi ahli keluarganya yang berada dalam rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN