Lelaki cedera, kereta dipandu jatuh dari tingkat satu parkir - Utusan Malaysia

Lelaki cedera, kereta dipandu jatuh dari tingkat satu parkir

KEADAAN sebuah kereta Honda City yang terjatuh dari tingkat satu parkir selepas pemandunya hilang kawalan dan melanggar pagar besi dalam kejadian di Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala selepas kereta yang dipandunya terjatuh dari tingkat satu parkir dalam kejadian Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban di sini pagi tadi.

Pengurus Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban, Mohd. Hafiz Talib berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi melibatkan kereta Honda City yang dipandu mangsa.

“Kereta itu sepatutnya ke pintu keluar namun pemandu tertekan pedal minyak dan terus ke hadapan dan merempuh pagar dan terjunam. Terdapat sebuah kereta lain tanpa pemandu berada di bawah namun mengalami sedikit kerosakan di bahagian depan akibat kejadian berkenaan.

“Saya difahamkan ketika kejadian pemandu berkenaan telah mengalami sawan dan seterusnya tidak dapat mengawal kenderaannya. 

“Dia mengalami kecederaan di kepala dan berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke sebuah hospital swasta di sini oleh ibunya yang mempunyai sebuah kedai menjual telefon di pusat beli-belah Terminal 1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 19 tahun sedang bergerak dari tempat parkir untuk pulang ke rumahnya di Seremban 2 di sini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian di tingkat satu, pemandu kereta tertekan pedal minyak dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar pagar besi dan jatuh serta terkena bahagian hadapan kereta yang berada di bahu kiri jalan tingkat bawah tanpa pemandu,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya