Layang-layang ‘Abang polis’ terbang di langit Klebang

Layang-layang ‘Abang polis’ terbang di langit Klebang

MOHD. FADZIL Ali bersama dua layang-layang bermotifkan kepolisan pada Festival Layang-layang Antarabangsa Melaka 2024 di Klebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jika para peserta lain mempertaruhkan motif haiwan, alam semula jadi atau budaya sebagai taruhan pada Festival Layang-layang Antarabangsa Melaka 2024, bekas Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd. Fadzil Ali tampil berbeza dengan imej kepolisan dan antijenayah.

Mohd. Fadzil yang bersara dengan pangkat asisten komisioner berkata, dia memilih imej sedemikian pada layang-layangnya sebagai satu platform mendekatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat, kerana segelintir mereka berkemungkinan mempunyai perspektif negatif terhadap institusi berkenaan.

Ujarnya, layang-layang bertemakan kepolisan itu pernah dibawa ke luar negara antaranya Qatar, Switzerland, Australia dan Indonesia, malah mendapat respons serta tempahan memberangsangkan daripada komuniti pelayang di sana.

“Sudah banyak negara luar yang saya bawa layang-layang bertemakan kepolisan ini, terbaharu awal tahun di Qatar. Lebih 30 layang-layang milik saya ditempah di luar negara antaranya dari Switzerland, Australia dan Indonesia.

“Layang-layang akan terbang tinggi di langit, jadi mesej mengenai promosi kesedaran atau membabitkan kepolisan, sedar atau tidak ia boleh membuka mata masyarakat. Mendekatkan PDRM khususnya dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Festival Layang-layang Antarabangsa Melaka 2024 di Klebang di sini.

Kira-kira 100 pelayang tempatan dan antarabangsa antaranya dari Vietnam, Thailand, Singapura dan Perancis menyertai festival yang berlangsung selama tiga hari dan ber­akhir Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya