JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan lapangan terbang di ibu kota Nusantara (IKN) dijangka dibuka untuk penerbangan komersial menjelang akhir tahun ini. Pada awalnya, lapangan terbang itu dikhususkan untuk penerbangan individu penting, merujuk mereka yang berkedudukan tinggi dalam politik atau sosio-ekonomi. “Saya mengarahkan menteri pengangkutan untuk menukar status Lapangan Terbang Nusantara menjadi lapangan terbang komersial,” kata Jokowi. Beliau berkata demikian kepada pemberita semalam, selepas melakukan pendaratan pertama di Lapangan Terbang Nusantara yang masih dalam pembinaan. Menurut Jokowi, lapangan terbang itu dijangka mampu menampung sehingga 200,000 penumpang, dengan matlamat jangka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya