Lagi insiden pokok tumbang akibat hujan lebat, ribut di Pulau Pinang

Lagi insiden pokok tumbang akibat hujan lebat, ribut di Pulau Pinang

SEBUAH kereta mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Angin kencang yang melanda Pulau Pinang sejak awal pagi semalam mengakibatkan berpuluh kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di bahagian pulau dan Seberang Perai, di sini.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini akibat kejadian berkenaan yang hampir sama berlaku, kelmarin.

Antara kawasan yang terlibat kali ini ialah di Paya Terubong, Relau, Bukit Jambul, Pulau Tikus, Bayan Baru dan Butterworth.

Selain itu, turut dilaporkan berlaku kejadian pokok tumbang menimpa sebuah kereta jenis Honda di Jalan Siram, Butterworth.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang wanita dilaporkan telah keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba dan tiada kecederaan berlaku.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng, terdapat 13 kes dilaporkan sekitar Pulau Tikus dan kawasan Georgetown sehingga pukul 9.50 pagi semalam.

“Dahan besar daripada pokok tua yang besar patah di depan pusat khidmat kami. Papan tanda di kedai sebelah habis musnah. Nasib baik tiada siapa yang cedera,” katanya.

Tambah beliau, pada Mei lalu apabila pokok besar tumbang di Jalan Macalister, pihaknya memohon MBPP untuk mengadakan satu pelan pengurusan pokok yang agresif.

“Dengan itu, pihak MBPP telah menyemak dan merawat beberapa ratus batang pokok tua yang besar oleh pakar arborist. Sebanyak 30 batang pokok besar telah pun ditebang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN