Ladang ternak ayam dikesan jadi punca pencemaran laut - Utusan Malaysia

Ladang ternak ayam dikesan jadi punca pencemaran laut

S. VEERAPAN ketika meninjau keadaan reban di sebuah ladang penternakan ayam di kawasan Bukit Pelandok, Port Dickson yang dikesan menyebabkan pencemaran sungai.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebuah ladang penternakan ayam yang dipercayai telah beroperasi kira-kira 20 tahun di Bukit Pelandok, di sini telah dikesan telah menjadi punca kejadian pencemaran di laut berhampiran ladang tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, susulan aduan penduduk setempat, pihak Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri telah melakukan pemeriksaan di lokasi pencemaran tersebut pagi tadi.

Menurutnya, ladang ternakan ayam tersebut beroperasi di kawasan terbuka di ladang kelapa sawit dan air longkang di kawasan reban disalurkan terus ke parit atau tali air di dalam kawasan tersebut yang seterusnya ke laut.

“Hasil pemeriksaan juga membawa kepada penemuan dua kolam takungan yang digunakan untuk aktiviti reban ayam. Berdasarkan maklumat diperoleh, lantai reban dicuci sebanyak 70 hari sekali. 

“Difahamkan, setelah membersihkan tinja (najis) ayam, lantai dicuci dan air cucian akan melalui longkang serta terus mengalir ke dalam parit dan alur air berdekatan.

“Laporan polis telah dibuat oleh BKSA dan juga Jabatan Alam Sekitar berkaitan isu ini. Sampel air parit dan sungai juga diambil bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pemeriksaan di sini, hari ini.

Ujar Veerapan lagi, ladang tersebut itu kini diarah untuk ditutup sementara sehingga siasatan berkaitan selesai.

Sementara, hasil tinjauan pemberita ke lokasi mendapati air longkang dan parit bertukar menjadi warna hitam, selain ada kawasan parit dipenuhi ulat sampah selain kehadiran banyak lalat selain bau busuk di kawasan berkenaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya