KPDN rampas telefon bimbit, aksesori tiruan Utusan Malaysia

KPDN rampas telefon bimbit, aksesori tiruan

AHMAD Khuzairi Salamat (tengah) menunjukkan telefon bimbit dan aksesori telefon yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis menjual dan membaiki telefon di Bahau, Jempol, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sebanyak 370 unit telefon bimbit pelbagai model dan sejumlah aksesori telefon dipercayai tiruan dirampas pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu operasi di Bahau, Jempol semalam.

Ketua Cawangan KPDN Kuala Pilah, Ahmad Khuzairi Salamat berkata, serbuan dilakukan pada kira-kira pukul 3.20 petang di sebuah premis menjual dan membaiki telefon selepas disyaki menjual telefon dan alat ganti yang tiruan.

“Berikutan itu, anggota serbuan telah menyita 370 unit telefon bimbit pelbagai model dan sejumlah aksesori. 

“Sitaan termasuk sejumlah kotak telefon yang dilengkapi aksesori pelbagai jenama yang ditemukan di dalam premis tersebut melibatkan nilai rampasan berjumlah kira-kira RM136,186,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujar Ahmad Khuzairi lagi, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan jika sabit kesalahan, bagi syarikat pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakai.

“Bagi bukan syarikat pertubuhan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakai atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN