PYONGYANG: Korea Utara kini melaksanakan dasar pembinaan kekuatan nuklear untuk meningkatkan jumlah senjata nuklear secara ‘eskponen’, lapor KCNA. Pemimpinnya, Kim Jong Un berkata, Korea Utara mesti lebih bersedia memastikan kemampuan nuklear dan kesediaan penggunaannya dalam memastikan hak keselamatan negara. Beliau juga menekankan keperluan kehadiran tentera yang kuat untuk menghadapi pelbagai ancaman yang ditimbulkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan pengikutnya. Kim berkata, Korea Utara berdepan ‘anacaman besar’ daripada blok ketenteraan berasaskan nuklear yang dipimpin oleh AS di rantau tersebut. Korea Selatan akan mengadakan mesyuarat menteri pertahanan dengan negara-negara anggota Komando Pertubuhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya