PYONGYANG: Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah pantai timur pada Rabu, beberapa hari selepas Pyongyang mendedahkan kemudahan pengayaan uranium dan berjanji memperkukuh senjata nuklearnya. Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) berkata, peluru berpandu tersebut dilancarkan dari Kaechon di Pyongyang, sekitar 6.50 pagi (waktu tempatan) ke arah timur laut dan diterbangkan kira-kira 400 kilometer. Bagaimanapun, JCS tidak menyatakan jumlah peluru berpandu yang dilancarkan dan di mana ia mendarat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu Korea Utara sebagai satu provokasi jelas yang mengancam keamanan dan kestabilan Semenanjung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya