Kontraktor didakwa bunuh bekas pelumba negara

Kontraktor didakwa bunuh bekas pelumba negara

TERTUDUH dibawa masuk ke mahkamah bagi pertuduhan membunuh bekas pelumba negara pada 10 September lalu di Mahkamah Majistret 2, Kangar, Perlis semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam bagi pertuduhan membunuh bekas pelumba negara, Elly Idzlianizar Ilias, 40, di Taman Behor Gonchang Jaya, pada 10 September lalu.

Tertuduh, Ibrahim Johan, 51, hanya menjawab faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Ana Rozana Mohd Nor.

Ibrahim didakwa membunuh Elly Idzlianizar di simpang tiga Taman Behor Gonchang Jaya di sini, antara 10 September sekitar pukul 10.30 malam sehingga 11 September, pukul 12.01 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Po’ad mencadangkan tertuduh tidak dikenakan jaminan dan memohon satu tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat, forensik dan kimia.

Tertuduh yang diwakili peguam, Tan Yen Sing bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan ikat jamin memandangkan usia tertuduh 51 tahun dan turut mengalami beberapa penyakit seperti darah tinggi serta kencing manis.

Peguam tertuduh turut memohon satu jaminan yang setimpal memandangkan tertuduh juga dikatakan mempunyai emosi yang tidak stabil selepas didakwa dengan pertuduhan itu.

Kemudian, mahkamah menetapkan 30 Disember ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu semua laporan tersebut dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya