Kita tengok siapa putar belit - Akmal Saleh

Kita tengok siapa putar belit – Akmal Saleh

MUHAMMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sedia ke mahkamah untuk berdepan dengan Naib Presiden DAP, Teresa Kok berhubung tuntutan ganti rugi RM25 juta berkaitan isu pensijilan halal. 

“Kita lawan di mahkamahlah. Kita tengok siapa yang putar belit,” katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp. 

Terdahulu, media melaporkan, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh mengeluarkan surat tuntutan (LoD) ganti rugi RM25 juta kepada Muhammad Akmal. 

Menurut laporan itu, dalam notis yang dihantar oleh peguamnya, Sankara Nair & Partners, Teresa mendakwa Muhammad Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Isu pensijilan halal menjadi polemik selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilapor akan mengkaji cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan di negara ini memiliki sijil halal, kecuali bagi mereka yang menghidangkan daging babi atau minuman beralkohol.

Kemelut antara kedua-dua pemimpin UMNO dan DAP itu timbul selepas Teresa mendakwa pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa. 

Beliau dipetik mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil. 

Muhammad Akmal menerusi satu hantaran video di TikTok melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal. 

Exco Kerajaan Negeri Melaka itu turut meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ditampal di dahi pemimpin DAP berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya