JOHOR BAHRU: Sebuah kilang membuat makanan ringan, Central Vista (M) Sdn. Bhd., musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian MEIL, Bandar Seri Alam, dekat sini petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.17 petang.
Seramai 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya dikejarkan ke tempat kejadian bersama tiga jentera FRT dan sebuah jentera EMRS.
Hingga pukul 8 malam ini, kerja-kerja memadam kebakaran giat dilakukan oleh anggota bomba yang turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela.
Anggota bomba turut menyemburkan air ke atas sebuah kilang membuat kosmetik yang terletak bersebelahan berikutan semakin merebak ke kilang tersebut. – UTUSAN