Khazanah Nasional Anwar Ibrahim dana gaji

Khazanah diminta rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di Mitec di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Khazanah Nasional Berhad diminta merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan baharu itu yang merangkumi Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Bangunan Carcosa Seri Negara sekali gus memberi ruang pembaharuan sebenar di samping mengekalkan identiti asal.

“Sebelum belanjawan Oktober ini, saya mahu pastikan supaya ada gambaran jelas pada negara bahawa kita ada usul untuk memulakan wajah Kuala Lumpur yang tidak terpisah daripada warisan budaya gemilang kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Khazanah ke-30 di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah berkata, kerajaan telah memberikan satu amanah yang sangat besar untuk menentukan wajah Kuala Lumpur itu tidak hilang daripada wajah warisan dan antarabangsa

“Dan di samping itu, ia juga memberikan suatu anjakan baru peranan dunia untuk kita memiliki masa depan.

“Ini adalah satu wajah Kuala Lumpur dari warisan Bangunan Sultan Abdul Samad di mana diletakkan warisan tetapi digabungkan tentang aspek yang dianggap moden dan dunia AI,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau mahu syarikat lain mencontohi Khazanah yang menetapkan gaji minimum bagi semua pekerja pada RM3,000.

“Sebab itu saya ucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada Khazanah kerana inilah satu badan yang menetapkan gaji minima bagi setiap pekerja dalam keluarga Khazanah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN