Kerjan Undang Luak Rembau Ke-22 berlangsung penuh istiadat - Utusan Malaysia

Kerjan Undang Luak Rembau Ke-22 berlangsung penuh istiadat

Istiadat kerjan yang berlangsung di kediaman Undang Luak Rembau Ke-22, Datuk Sedia Raja Abd. Rahim Yassin di Taman Rembau Utama, Rembau hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Kerjan iaitu upacara memasyhurkan atau mengisytiharkan secara adat penyandang pusaka Undang Luak berlangsung penuh istiadat di kediaman Undang Luak Rembau Ke-22, Datuk Sedia Raja, Abd. Rahim Yassin di Taman Rembau Utama, di sini hari ini.

Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin berkata, istilah kerjan digunakan khas kepada adat istiadat menabalkan atau menobatkan Undang dengan beberapa upacara seperti adat siram tabal.

“Dalam Adat Perpatih di Luak Rembau ini, majlis adat istiadat kerjan akan terus didirikan dan dilaksanakan setelah pemasyhuran Undang Luak Rembau yang telah disempurnakan pemasyhuran pada 22 Ogos lalu.

“Selepas istiadat kerjan ini dilangsungkan, maka kami serahkan kepada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir akan menzahirkan dan mewartakan lantikan tersebut.

“Selepas diwartakan, dizahirkan di dalam Dewan Keadilan, diwartakan oleh kerajaan, baru kita menyalang. Menyalang kita akan dapat perkenan (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Abdul Razak lagi, antara upacara lain selepas lerjan yang akan dilaksanakan ialah menziarahi Danau Sisik Emas di Sawah Raja dan menziarah pusara Undang Luak Rembau yang terdahulu.

Pemasyhuran Abd Rahim selaku Undang Luak Rembau diadakan bagi menggantikan Allahyarham Datuk Lela Maharaja, Datuk Muhamad Sharip Othman, 83, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 15 Mei lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN