Kereta terbakar, terbabas langgar lopak air - Utusan Malaysia

Kereta terbakar, terbabas langgar lopak air

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta Perodua Alza di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru berhampiran Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Berpantang maut sebelum ajal.

Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas Perodua Alza dipandunya hangus terbakar di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru berhampiran Taman Sri Saujana, di sini pagi tadi.

Lelaki berusia 26 tahun itu sempat menyelamatkan diri selepas melihat asap dari kenderaannya sebelum kereta itu terbakar 95 peratus.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, insiden itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Kota Besar menghala ke arah Johor Jaya melanggar lopak air.

“Kenderaan kemudian hilang kawalan lalu berpusing dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri, mangsa melihat kenderaan berasap dan bertindak keluar selepas itu kenderaan mula terbakar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. 

Dalam pada itu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 8.59 pagi dan  seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera dan kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Mangsa tidak tersepit, namun mengalami cedera ringan. Operasi ditamatkan pada pukul 9.37 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya