Kerajaan tunggu pendirian rasmi PN

Kerajaan tunggu pendirian rasmi PN

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) perlu menyatakan pendirian rasmi kepada kerajaan berhubung perkara tidak dipersetujui dalam draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada ahli Parlimen.

Timbalan Perdana Men­teri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau yang mengetuai rundingan itu hanya mengetahui PN sebulat suara menolak draf itu semalam melalui media.

“Saya menghormati pandangan mereka dan saya menunggu secara hitam putih daripada mereka secara bersurat.

“Saya akan bawa ke peringkat Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan dan kita akan bincang semula sama ada akan terus berunding atau pun adakah ini muktamad pada pihak pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis di Betong, Sarawak.

Menurut Fadillah, Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan akan membuat keputusan selepas menilai alasan penolakan yang diberikan PN itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN