Kerajaan rombak perkhidmatan awam

Kerajaan rombak perkhidmatan awam

Kerajaan memulakan rombakan besar-besaran dalam perkhidmatan kerajaan. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan melaksa­nakan reformasi besar-besaran apabila mengumumkan rombakan dan pelantikan baharu bagi 12 jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Ia membabitkan sembilan Ke­­tua Setiausaha (KSU), ­seorang timbalan Ketua Setiausaha Ka­nan dan dua Ketua Pengarah yang berkuat kuasa hari ini dan 23 September ini.

Ketua Setiausaha Negara, ­Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perubahan penem­pa­­tan dan lantikan baharu itu seiring dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan reformasi perkhidmatan awam.

Tujuh KSU yang bertukar kementerian ialah Datuk Lokman Hakim Ali yang kini Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, (sebelum ini di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan).

Beliau bertukar kementerian dengan Datuk Seri Isham Ishak. Turut bertukar kementerian ialah Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad kini KSU Kementerian Perpaduan, bertukar dari Kementerian Kerja Raya; Datuk Seri Suriani Ahmad ke Kementerian Kesihatan (dari Ke­menterian Pembangunan Usa­­­hawan dan Koperasi); Datuk Ruji Ubi, KSU Kementerian Pendidikan (dari Kementerian Dalam Negeri).

KSU Kementerian Perpa­duan Negara, Datuk Azman Mohd Yusoff bertukar ke Kementerian Sumber Manusia; manakala KSU Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud bertukar ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Shamsul Azri turut me­ngumumkan pertukaran posisi Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi daripada KSU Kementerian Pendidikan kepada Ke­tua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Turut bertukar kedudukan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Muhammad Razman Abu Samah kepada Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan itu, beliau turut mengumumkan pelantikan Datuk Abd Shukor Mahmood sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Dalam Negeri, naik pangkat daripada Timbalan Ke­tua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri manakala Datuk Seri Azman Ibrahim dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya bertukar daripada Ketua Pengarah Unit Penyela­rasan pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Kata Shamsul Azri, langkah reformasi itu menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu perkhidmatan awam susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia juga adalah manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip #taatsetia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada Raja dan negara dalam merealisasikan aspirasi kerajaan,” kata beliau.

Dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Ketua Setiausaha Negara supaya segara melakukan langkah-langkah reformasi dalam pentadbiran awam.

“Saudara boleh jangkakan bulan September ini bulan pergerakan reform yang lebih pesat,” kata Anwar.

Sebelum ini, Shamsul Azri, menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 10 Ogos.

Dengan pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam, Shamsul Azri telah memegang pelbagai peranan di Kementerian Kewangan (MoF), Jabatan Perkhidmatan Awam, dan pentadbiran kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya