'Kenapa perlu ada syarat macam-macam, bagi sajalah' - Utusan Malaysia

‘Kenapa perlu ada syarat macam-macam, bagi sajalah’

KU ABDUL RAHMAN KU ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Memorandum Persefahaman (MoU) tentang peruntukan tidak akan sewenang-wenangnya di persetujui jika masih mengekalkan syarat sama meskipun berlaku perundingan semula.

Malah, syarat-syarat yang diletakkan dalam MoU itu jelas meletakkan Ahli Parlimen Pembangkang seolah-olah seperti lembu dicucuk hidung dan perlu mengikut apa sahaja ketetapan kerajaan

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, mereka lebih rela meneruskan hidup sebagai Ahli Parlimen yang bermaruah berbanding tunduk dengan syarat-syarat dikemukakan Kerajaan Perpaduan untuk mendapatkan peruntukan.

Sekiranya syarat-syarat berkenaan dipenuhi, peranan mereka untuk membawa isu-isu kepentingan rakyat akan tersekat.

“Kita (pembangkang) buat keputusan itu (tolak MoU) secara konsensus, kita bincang secara terperinci, kita kaji setiap syarat yang diberikan dan kita buat keputusan tak boleh terima sebab syarat itu beri banyak kekangan kepada Ahli Parlimen.

“Macam kita ni bukan Ahli Parlimen, dengar kata sajalah. Nak cakap pun tak boleh, nak tentang, letak syarat 3R dan sebagainya, kalau nak bagi, bagilah. Janganlah syarat sampai macam tu, macam tidak menghormati Ahli Parlimen sebagai seorang individu yang menang pilihan raya yang dipilih rakyat,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menyatakan kerajaan terbuka sekiranya MoU tentang peruntukan pembangkang mahu dirunding semula.

Beliau ditemui pemberita di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, di sini.

Ku Abdul Rahman berpendapat itu bukan caranya, sama ada akan ada rundingan atau tidak dan pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Tapi saya yakin dan percaya kalau syarat tu tak berubah. Macam tu juga, kita pasti tidak boleh terimalah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN