Kemenangan Mahkota tentukan hala tuju sokongan rakyat - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Kemenangan Mahkota tentukan hala tuju sokongan rakyat – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin bersama-sama Mohamad Haizan Jaafar (tengah) di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG:  Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota amat penting kerana akan menentukan hala tuju sokongan rakyat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan gabungan tersebut juga penting yang akan menghantar isyarat besar ke DUN Johor walaupun mengakuinya tidak menggugat kedudukan kerajaan negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN).

“Walaupun ia merupakan PRK dan tidak membawa sebarang satu bentuk dalam kerajaan Pusat atau pun kerajaan negeri, tetapi mesej yang hendak disampaikan PN sangat jelas. 

“Situasi yang amat menyulitkan dengan dasar kerajaan Pusat dan negeri yang dilihat tidak begitu prihatin dengan masalah rakyat.

“Rakyat berdepan kesulitan, kesusahan harga barang, kos sara hidup dan pelbagai masalah lain membuktikan kerajaan pada hari ini tidak mampu selesaikan masalah rakyat,” katanya selepas mengiringi calon PN, Mohamad Haizan Jaafar merngemukakan borang penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, Mohamad Haizan yang popular dengan panggilan ‘Coach Haizan’ mempunyai pengalaman luas dalam bidang sukan dan kemasyarakatan serta mampu menarik pengundi.

“Atas dasar pengalaman beliau dari segi usia cukup matang dan mampu menjalankan tugas berkhidmat untuk rakyat. Calon ini lahir di Kluang dan cukup banyak pengalamannya.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 28 September, manakala mengundi awal pada 24 September. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya