Kem pelarian al-Mawasi diserang, 40 maut - Utusan Malaysia

Kem pelarian al-Mawasi diserang, 40 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel terus bertindak di luar batas apabila melancarkan serangan di zon selamat di selatan bandar Khan Yunis, sehingga menyebabkan 40 maut dan 60 yang lain cedera.

Kem pelarian al-Mawasi itu menempatkan lebih 10,000 pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Pegawai Pertahanan Awam Gaza, Mohammed Al-Mughair mengesahkan angka yang terkorban itu serta kesemua mangsa dihantar ke hospital berdekatan.

“Petugas masih berusaha mencari 15 individu yang hilang akibat serangan di khemah pelarian di Mawasi, Khan Yunis, pada waktu tengah malam,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN