Kelantan terima 800,000 pelancong dari Thailand

Kelantan terima 800,000 pelancong dari Thailand

PASAR Siti Khadijah, Kota Bharu antara salah satu tarikan pelancong ke Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan merekodkan 800,000 pelancong dari Thailand masuk ke negeri ini sepanjang tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md. Noor berkata, jumlah yang direkodkan itu berpandukan kepada statistik itu diperoleh daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurutnya, kesemua pelancong itu masuk melalui tiga pintu utama yang berada di sempadan Malaysia-Thailand iaitu Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan Bukit Bunga.

“Ramai yang melaporkan hanya rakyat Malaysia berkunjung ke Thailand, sedangkan di Kelantan kita merekodkan 800,000 pengundung dari Thailand membabitkan pelbagai negara masuk ke negeri ini dalam tempoh enam bulan.

“Bagi saya, angka itu amat mengejutkan. Itu baru membabitkan pintu sempadan, belum lagi kemasukan melalui lapangan terbang dan bas serta kereta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tanglung Kelantan di sini malam tadi.

Kamarudin memberitahu, sehingga kini seramai 1.5 juta pelancong telah direkodkan memasuki negeri ini sehingga 30 Jun lalu sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK).

Katanya, berpandukan kepada tren itu beliau yakin sasaran 3 juta pelancong mampu dicapai sehingga akhir tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Kamarudin berkata, Kerajaan Kelantan bercadang untuk memindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke kawasan yang lebih strategik pada masa hadapan.

Katanya, hal ini kerana lokasi sedia ada berhampiran kediaman penduduk kampung.

“Proses kajian mengenai cadangan itu sedang dilaksanakan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya