Kedai jual motosikal musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Kedai jual motosikal musnah dalam kebakaran

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kedai menjual motosikal di Taman Koperasi, Rembau hari ini.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sebuah kedai menjual motosikal di Taman Koperasi, di sini, hari ini musnah dalam kejadian kebakaran tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan memaklumkan, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau dan Senawang bersama 14 pegawai dan anggota  dengan dua jentera digerakkan ke lokasi untuk memadam kebakaran sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.40 tengah hari tadi.

“Dua jentera dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari BBP Rembau. Kebakaran melibatkan sebuah kedai menjual motosikal jenis kekal berukuran 20×70 kaki persegi yang dianggarkan musnah kira-kira 90 peratus,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar beliau lagi, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.20 petang dan kejadian tersebut tidak melibatkan mangsa.

Bagaimanapun menurutnya, punca kebakaran dan juga jumlah kerugian masih dalam siasatan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya