Kedah tuan rumah Muktamar Tahunan Pas Ke-71 - Utusan Malaysia

Kedah tuan rumah Muktamar Tahunan Pas Ke-71

TAKIYUDDIN Hassan ketika berucap pada sesi penangguhan Muktamar Pas Tahunan Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur di Kerdau di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Selepas Pahang, Kedah bakal menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan Pas kali Ke-71, tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau di sini.

Menurutnya, ia ditawarkan sendiri oleh Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya dan turut dipersetujui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya, cadangan tersebut juga secara rasminya diterima dan dipersetujui oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Pelawaan Kedah itu juga sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025,” katanya ketika berucap pada sesi penangguhan Muktamar Pas Tahunan Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur di Kerdau di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN