KDN FC sambar bekas peledak PJ City FC

KDN FC sambar bekas peledak PJ City FC

WASHINGTON Brandao (kanan) ketika beraksi bersama PJ City FC dalam saingan Liga Super musim 2019.-IHSAN PJ City FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menyambar bekas peledak PJ City FC Washington Brandao bagi mempertajamkan lagi jentera penyudah pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Presidennya Rozi Muhamad berkata, kehadiran penyerang kelahiran Brazil itu melengkapkan senarai import import sekali gus memboleh Kijang Emas kembali fokus dalam memburu kedudukan terbaik dalam baki saingan liga selepas ini.

“Brandao bukanlah asing dalam saingan Liga Malaysia kerana dia pernah berkelana di sini selama dua musim bersama PJ City sebelum dibubarkan.

“Sebelum kembali semula ke Malaysia, Brandao bermain bersama Abahani United FC dalam saingan Liga Premier Bangladesh,” katanya.

Rozi memberitahu, sebelum ini KDN FC mengikut Layth Kharoub (Palestin) dan Aung Kaung Mann (Myanmar).

Katanya, itu tiga pemain tempatan turut dibawa masuk dalam memperkemaskan lagi KDN FC dalam saingan musm ini iaitu Muhaimin Izzudin dan Fikri Che Soh secara tetap selain meminjam pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya