KDN FC pinjam Hakimi tajamkan jentera serangan

KDN FC pinjam Hakimi tajamkan jentera serangan

HAKIMI Abdullah mulai menjalani latihan rasmi bersama KDN FC di Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) meminjam pemain Terengganu FC Hakimi Abdullah bagi mempertajamkan lagi jentera serangan pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Pegawai Operasinya Mohd. Afiq Abdul Manaf berkata, pemain kelahiran Rantau Panjang itu akan diberikan peranan lebih besar bagi memastikan jentera serangan KDN FC lebih ampuh selepas ini.

“Saya yakin Hakimi mampu memberikan sesuatu yang positif buat KDN dalam misi memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musm ini.

“Selain Hakimi, kita turut membawa pulang Fikri Che Soh dari Kedah Darul Aman FC bagai memperkuatkan benteng terakhir pasukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Afiq memberitahu, KDN FC akan membawa masuk beberapa lagi pemain bagi memperkuatkan lagi pasukan.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, KDN FC menghuni tangga tercorot Liga Super dengan mengumpul tiga mata selepas meraih satu kemenangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya