KDN FC harap MFL lulus pindah gelanggang aksi Liga Super

KDN FC harap MFL lulus pindah gelanggang aksi Liga Super

STADIUM Sultan Muhammad IV , Kota Bharu, Kelantan ditutup kepada semua aktiviti sukan serta lain-lain acara sehingga kerja-kerja menambah baik sistem saluran selesai sepenuhnya dijangka pada 15 Oktober nanti. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) berharap Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dapat meluluskan pertukaran gelanggang untuk aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Stadium Sultan Muhammad IV di sini  ke  Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, Johor pada 22 September nanti.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, permohonan rasmi untuk penukaran gelanggang perlawanan itu susulan Stadium Sultan Muhammad IV sedang menjalani penambahbaikan sistem saliran dan naik taraf beberapa kemudahan lain.

Menurutnya, ketika ini KDN FC masih menunggu kelulusan daripada MFL berhubung permohonan ini dengan menggekalkan Kijang Emas sebagai tuan rumah.

Ujarnya, pihak pengurusan telah mempertimbangkan setiap aspek sebelum memilih SSI sebagai gelanggang perlawanan termasuk jadual dikeluarkan MFL untuk aksi Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 27 September.

“Kami sudahpun mendapat persetujuan daripada JDT untuk perubahan venue ini dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi keizinan untuk kami menjadi tuan rumah di gelanggang keramat Harimau Selatan.

“Keputusan ini turut mengambil kira perlawanan seterusnya menentang NSFC di halaman lawan. Oleh kerana lokasinya berdekatan, maka kita pilih untuk bermain di SSI kerana dapat menjimatkan kos pengurusan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, Stadium Sultan Muhammad IV ditutup untuk sebarang acara sukan atau lain-lain aktiviti sehingga 15 Oktober bagi membolehkan kerja-kerja penambahbaikan sistem saliran serta kemudahan lain berjalan lancar.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Zamakhshari Muhamad berkata, keputusan itu turut mengambil kira faktor keselamatan berikutan penggunaan jentera berat sepanjang proses tersebut.

Menurutnya, setakat ini kerja-kerja baik pulih berjalan lancar dan sudah mencapai 60 peratus serta dijangka siap mengikut jadual sebelum diserahkan kembali kepada Perbadanan Stadium Kelantan (PSK).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya