Kanak-kanak dipegang bahu bukan mangsa culik tetapi amang seksual - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dipegang bahu bukan mangsa culik tetapi amang seksual

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya dekat sini bukan mangsa culik sebaliknya mangsa amang seksual.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan mendapati, kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu telah didatangi oleh suspek.

“Lelaki itu menanyakan nama dan alamat rumah mangsa sehingga menyebabkan mangsa melarikan diri ke kawasan sekolah berdekatan.

“Susulan itu, mangsa telah memberitahu kejadian tersebut kepada pengadu iaitu seorang perempuan tempatan,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengadu telah terima satu video dan gambar daripada ibu kenalan mangsa yang menunjukkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) kejadian.

Wan Azlan berkata berkata, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dalam memuat naik sebarang kenyataan di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran awam dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta keluarga.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan mereka boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Shabilah Zulkifle@Awang di talian 010-266 7017 atau balai polis berhampiran,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN