Kanak-kanak 14 tahun hidap asma maut ketika perlawanan bola sepak

Kanak-kanak 14 tahun hidap asma maut ketika perlawanan bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun maut ketika beraksi pada perlawanan bola sepak di sebuah padang di Semenyih, di sini kelmarin.

Satu laporan diterima polis berhubung kematian kanak-kanak itu daripada jurulatih kelab bola sepak pada pukul 4.08 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, semakan mendapati mangsa mempunyai masalah asma sejak kecil, tetapi tidak serius.

“Siasatan mendapati semasa kejadian mangsa sedang bermain bola sebelum rebah secara tiba-tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.02 petang.

“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mempunyai masalah komplikasi jantung dan asma.

“Sehubungan itu, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.

Dalam pada itu, Naazron turut menasihati ibu bapa supaya membuat pemeriksaan kesihatan anak-anak sebelum menyertai kejohanan atau aktiviti sukan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN