Kami terima keputusan pengundi - Azmin - Utusan Malaysia

Kami terima keputusan pengundi – Azmin

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Perikatan Nasional (PN) menerima keputusan yang dibuat oleh penggundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dengan hati terbuka. 

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PN bagi DUN Mahkota, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, gabungan itu tidak akan berputus asa, sebaliknya akan terus berusaha pada pilihan raya akan datang.

“Sejak dari awal lagi kita sudah menyatakan Mahkota merupakan kawasan Pakatan Harapan (PH)-BN, namun kita tetap berusaha sedaya-upaya menyantuni seramai mungkin pengundi. 

“Calon kita, Coach Haizan (Mohamad Haizan Jaafar) diterima baik oleh pengundi. Berbanding UMNO, mereka telah gunakan segenap jentera kerajaan negeri mahupun Persekutuan untuk meraih sokongan dalam PRK kali ini,” katanya ditemui di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN di Jalan Dahlia, Kampung Melayu, di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, sokongan kepada PN tidak berubah di Mahkota jika dibandingkan dengan keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022. 

“Kita juga ingin berkongsi sokongan kepada PN cukup baik dan nampaknya sokongan juga tidak berubah atau menurun berbanding pada PRN lalu.

“Pada PRN lalu, peratusan keluar mengundi sebanyak 58 peratus dan kita  meraih 7, 614 undi. Pada hari ini peratusan keluar mengundi terus menurun kepada 54 peratus, namun sokongan kepada PN sebanyak 7,347 undi,” katanya. 

Syed Hussien memenangi PRK DUN Mahkota dengan majoriti 20,648 undi apabila meraih 27,995 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN