Kaji tentera sertai WBL, dapat ijazah, guna lepas bersara

Kaji tentera sertai WBL, dapat ijazah, guna lepas bersara

MOHAMED Khaled Nordin pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 200/2024 di Padang Kawad Pusasda, Port Dickson semalam. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kementerian Pertahanan akan melakukan kajian keperluan membolehkan anggota tentera yang menyertai program Work Base Learning (WBL) untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi bagi memiliki ijazah terutamanya dalam bidang kemahiran.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu perlu diambil memandangkan sebahagian besar daripada anggota tentera bersara pada usia 41 hingga 45 tahun.

Menurutnya, pada peringkat awal, pelaksanaan memfokuskan keperluan memastikan anggota tentera memiliki diploma dalam 10 bidang yang telah dikenal pasti melalui kerjasama beberapa buah universiti awam.

“Umur (41 tahun ke 45 tahun) yang sepatutnya negara perlukan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kalau mereka (bekas tentera) masuk pasaran kerja tanpa apa-apa, sangat-sangat merugikan. Nanti, kita akan kaji mana satu yang berasaskan WBL boleh dapat ijazah.

“(Sebab) pengalaman saya sebagai Menteri Pengajian Tinggi dulu, memang boleh dilakukan, hanya kita belum mula di negara ini. Di Jerman, Amerika Syarikat semua dibuat begitu.

“Jadi atas sebab itulah kita sediakan mereka (bekas tentera) supaya apabila keluar, mereka ada peranan dalam soal untuk menyumbang kepada pembangunan, kemajuan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 200/2024 di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, semalam.

Seramai 1,144 Perajurit Muda berjaya menamatkan latihan yang dilaksanakan mulai 8 Mac yang lalu.

Menjelaskan lebih lanjut, Mohamed Khaled berkata, usaha yang dilaksanakan itu juga adalah bagi menunjukkan komitmen kerajaan yang sangat mengambil berat mengenai perajurit negara yang berkhidmat pada hari ini, selain sebagai penghargaan atas kesetiaan dan pengorbanan mereka menjaga keselamatan negara.

“Kita sentiasa menghargai sumbangan mereka. Walaupun mereka sudah keluar, kita bekalkan mereka dengan (sijil) diploma dan ijazah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut percaya langkah yang diambil oleh kerajaan itu akan dapat menggalakkan lebih ramai rakyat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya