Kad Siswa Johor beri manfaat kepada 75,OOO mahasiswa - Utusan Malaysia

Kad Siswa Johor beri manfaat kepada 75,OOO mahasiswa

ONN HAFIZ Ghazi (tengah) bergambar bersama wakil agensi-agensi sambil menunjukkan Kad Siswa Johor yang diselaras YPJ di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri memperkenalkan Kad Siswa Johor yang akan memberi manfaat kepada 75,000 mahasiswa negeri ini  bagi menyelaraskan segala bentuk bantuan mahupun pinjaman kewangan pendidikan mereka.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemegang Kad Siswa Johor akan menikmati pelbagai diskaun dan promosi yang disediakan agensi dan syarikat terlibat mulai Oktober ini.

Katanya, menerusi kad itu disalurkan Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) dan pinjaman pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

“Bagi kaedah untuk mendapatkan Kad Siswa Johor, mahasiswa anak Johor yang berjaya dalam permohonan SBP dan Pinjaman Pelajaran, pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) akan membuka akaun simpanan dan bantuan akan disalurkan terus ke dalam akaun.

“Kad itu akan diberikan kepada mereka yang berjaya menerusi pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing, mahasiswa anak Johor yang lain pulak boleh mendapatkan Kad Siswa Johor dengan membuka akaun Bank Muamalat di mana-mana cawangan,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kad Siswa Johor antara Yayasan Pelajaran Johor dan syarikat-syarikat terlibat di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani dan barisan Exco kerajaan negeri.

Syarikat yang terlibat ialah KPJ Healthcare Berhad, QSR Brands (M) Holding

Bhd., Daily Fresh International Sdn. Bhd., Al-Ikhlas Gadget, Woodfire Burger (M) Sdn. Bhd., Farm Fresh Berhad, Badan Cemerlang Sdn. Bhd., Legoland Malaysia dan Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd.

Onn Hafiz berkata, inisiatif YPJ yang memberi manfaat kepada mahasiswa anak Johor turut bertujuan menggalakkan penggunaan perbankan secara dalam talian menerusi kad debit.

Kad Siswa Johor juga merupakan medium pengumpulan data mahasiswa anak Johor secara menyeluruh dan terkini sesuai dengan peredaran semasa.

“Kita juga sedang berbincang dengan kepimpinan negeri dan Exco agar inisiatif baik ini dapat kita perluaskan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. 

“Ini adalah urusan yang berterusan, namun ini permulaan yang baik dengan membantu bagi diskaun yang hebat. Selepas ini YPJ akan berusaha untuk bekerjasama dengan syarikat pengangkutan pula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya