Jururawat direman seminggu bantu siasatan kematian bayi berusia 30 hari

Jururawat direman seminggu bantu siasatan kematian bayi berusia 30 hari

TERTUDUH (tengah) semasa diiring polis untuk prosiding reman di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang jururawat direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 30 hari semasa berada dibawah kendaliannya di sebuah pusat jagaan berpantang di sini kelmarin.

Wanita berusia 22 tahun itu direman sehingga Selasa depan selepas perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu tertuduh yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada pukul 8.43 pagi.

Utusan Online semalam melaporkan, seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaganya di sebuah pusat jagaan berpantang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, bayi itu disahkan meninggal dunia semasa dibawa ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi itu pada pukul 8.24 pagi tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya