JPM tunggu cadangan pindaan Akta Anti Lompat Parti - Azalina - Utusan Malaysia

JPM tunggu cadangan pindaan Akta Anti Lompat Parti – Azalina

AZALINA OTHMAN Said (kanan) disambut Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Ilham, Halimah Ahmad semasa melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jabatan Perdana Menteri masih menunggu mana-mana pihak termasuk Sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk mengemukakan cadangan bagi membolehkan pindaan penambahbaikan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Anti Lompat Parti dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, hingga kini masih belum ada mana-mana pihak yang mengemukakan sebarang cadangan pindaan, sedangkan ramai pemimpin mengakui bahawa akta itu terdapat sedikit kelonggaran.

“Namun secara peribadi saya menegaskan perlunya undang-undang memanggil semula pilihan raya dan pengundi berhak menentukan sama ada seorang Ahli Parlimen itu terus kekal atau tidak selepas melompat parti sebaik sesudah melakukan angkat sumpah. 

“Di samping itu, setiap parti perlu mainkan peranan untuk menentukan calon mereka berpegang dengan disiplin parti,” katanya ditemui selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, di sini hari ini. 

Menurut Azalina,  bagi parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk mengekang tindakan lompat parti sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lagi.

Pada 15 Julai lalu, Azalina dilaporkan berkata, pindaan Akta Anti Lompat Parti perlu dibincang dengan teliti dan dipersetujui secara dwipartisan.

Beliau berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) tiada masalah dan bersedia mengusulkan pindaan terhadap akta itu sepertimana dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN