JPJ laksana JPJePlate bagi kegunaan ZEV - Utusan Malaysia

JPJ laksana JPJePlate bagi kegunaan ZEV

ANTHONY Loke ketika majlis pelancaran JPJePlate di Cyberjaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini melaksanakan rekaan plat khas JPJePlate untuk kegunaan kenderaan tanpa pelepasan gas pencemaran atau Zero Emission Vehicle (ZEV) termasuk kenderaan elektrik (EV) baharu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelaksanaan tersebut merupakan strategi serampang dua mata kerajaan sebagai insentif tambahan demi menggalakkan penggunaan kenderaan ZEV dan meneruskan langkah pendigitalan.

“Bermula hari ini iaitu 9 September, syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan boleh menempah JPJePlate bagi pihak pelanggan yang telah membeli kenderaan ZEV baharu melalui laman sesawang jpjeplate.jpj.gov.my.

“JPJePlate tidak diwajibkan untuk kenderaan ZEV yang sudah berada di atas jalan, namun pemilik yang masih berminat boleh membuat tempahan seawal bulan November. Proses tempahan untuk pemilik semasa yang berminat akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran JPJePlate di sini hari ini.

JPJePlate tampil dengan papan plat berwarna putih dengan tulisan nombor plat berwarna hitam, selain mempunyai satu jalur hijau yang melambangkan kod bagi kenderaan elektrik serta memaparkan bendera Malaysia.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, JPJePlate boleh didapati pada harga RM98 bagi satu set, termasuk plat hadapan, plat belakang, pelekat cermin RFID dan penghantaran.

Jelasnya, JPJePlate menetapkan piawaian baharu untuk keselamatan dan kecekapan jalan raya dengan beberapa manfaat utama termasuk dari segi ciri retro-reflektif, meningkatkan keterlihatan pada waktu malam, membantu mengurangkan kemalangan dan memastikan keselamatan pemanduan yang lebih baik di samping memudahkan tindakan penguatkuasaan.

Selain itu, katanya, plat nombor tersebut dilengkapi dengan hologram anti-kloning untuk meminimumkan risiko kecurian dan penipuan serta membolehkan kenderaan elektrik dikenal pasti dengan mudah agar protokol keselamatan yang betul digunapakai semasa kecemasan.

“Dengan integrasi Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) melalui teknologi RFID, JPJePlate menyumbang kepada jaringan pengangkutan yang lebih terhubung dan cerdas,” ujarnya.

Katanya lagi, pelancaran JPJePlate tidak melibatkan kenderaan bukan ZEV dan fokus pada ketika ini adalah untuk memastikan pelaksanaan untuk kenderaan ZEV baharu berjalan dengan lancar.

Tambahnya, pelaksanaan tersebut juga merupakan usaha kerajaan untuk melipat ganda usaha dalam memperluaskan pendigitalan, meningkatkan keselamatan jalan raya serta mewujudkan evolusi baharu dalam sistem pengenalan kenderaan (VIS) yang pintar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya