Johor mulakan siasatan terhadap GISBH - Mohd. Fared - Utusan Malaysia

Johor mulakan siasatan terhadap GISBH – Mohd. Fared

MOHD. FARED MOHD. KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)  memulakan siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya memandang serius dakwaan yang melibatkan pertubuhan berkenaan, baru-baru ini.

“MAINJ akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan terhadap GISBH di negeri ini. Tujuannya adalah untuk memelihara kemuliaan dan kesucian agama Islam.

“Sehubungan itu, kami mengalu-alukan aduan daripada orang awam termasuk ahli-ahli pertubuhan itu berkaiatan maklumat yang relevan bagi membantu siasatan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Fared, berkata MAINJ akan menggunakan seluruh kekuatan perundangan dan  enakmen sedia ada bagi mengekalkan keamanan beragama dan peraturan dipatuhi.

Terdahulu, Mohd. Fared memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang aduan salah laku berkaitan kegiatan pertubuhan tersebut di negeri ini dibawah jenama baharu GISBH.

“Alhamdulillah di Johor ketika ini GISBH sentiasa dipantau dengan baik, sangat terkawal. Kita tidak menerima sebarang laporan atau aduan tentang mereka setakat ini. Kita tahu mereka berniaga, itu tidak menjadi masalah, yang kita bimbangkan adalah perihal ajaran agama sekiranya ia bertentangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN