Jentera BN perhebat pujuk pengundi luar pulang - Zahid - Utusan Malaysia

Jentera BN perhebat pujuk pengundi luar pulang – Zahid

AHMAD ZAHID Hamidi bersalaman dengan masyarakat Orang Asli pada Majlis Tautàn Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jentera Barisan Nasional (BN) serta parti di bawah Kerajaan Perpaduan menggerakkan beberapa usaha untuk memujuk dan memastikan pengundi luar pulang menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Sabtu ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha mendekati pengundi luar itu sebenarnya sudah digerakkan lebih awal, iaitu sebelum hari penamaan calon PRK berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kempen kesedaran menerusi media sosial selain komunikasi dengan pengundi luar turut dijalankan berdasarkan data yang dimiliki jentera kempen BN dan Kerajaan Perpaduan.

“Kita yakin pengundi luar walaupun mungkin tidak 100 peratus balik, tetapi sebahagian besar mereka mempunyai kesedaran atas tanggungjawab sebagai pengundi dan warga Bangsa Johor untuk pulang Sabtu ini bagi menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, seperti dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini, kaunter di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) akan beroperasi pada tahap maksimum bagi  memudahkan pengundi DUN Mahkota yang bekerja di Singapura pulang mengundi.

Ketika ini, wujud kebimbangan pengundi luar, khususnya mereka yang bekerja di Singapura memilih tidak pulang mengundi kerana beranggapan PRK kali ini tidak begitu penting dan tidak akan mengubah kerajaan negeri atau Kerajaan Pusat.

Selain itu, pengundi luar kaum Cina DUN Mahkota juga dibimbangi turut tidak pulang mengundi memandangkan baru pulang bercuti ke kampung minggu lepas bagi meraikan pesta tanglung.

DUN Mahkota yang terletak di dalam Parlimen Kluang mempunyai 66,318 pengundi berdaftar dengan 20 pusat mengundi biasa akan dibuka pada Sabtu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya