RAMALLAH: Rakyat Palestin di Tebing Barat menggambarkan keadaan di wilayah itu semakin tragis apabila serbuan berterusan tentera Israel melumpuhkan kehidupan seharian mereka. Penduduk di kawasan seperti kem pelarian Jenin terpaksa bersembunyi di rumah atau melarikan diri demi mencari perlindungan keselamatan, apatah lagi kemusnahan dan kekurangan bekalan asas semakin memburukkan keadaan. Adnan Naghnaghia, 56, mendedahkan dirinya terpaksa berkurung di rumah selama lapan hari ketika pasukan Israel menjalankan serbuan, bertempur dengan pejuang dan melakukan penangkapan di Tebing Barat. Bapa lima anak ini berkata, kehidupannya di kem pelarian Jenin, utara Tebing Barat seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya