Jangan selesa dengan sambutan pengundi, terus gigih berkempen - Ka Siong - Utusan Malaysia

Jangan selesa dengan sambutan pengundi, terus gigih berkempen – Ka Siong

WEE KA SIONG (dua dari kanan) ketika membantu calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah (kanan) berkempen di bandar Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sambutan positif pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dalam setiap program kempen yang dilaksanakan diharapkan tidak membuatkan parti itu berasa selesa atau yakin menang. 

Sebaliknya, calon atau jentera parti UMNO-BN serta gabungan Kerajaan Perpaduan harus bekerja lebih gigih bagi merayu seberapa ramai rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota memberikan sokongan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota pada 28 September ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Syed Hussien tidak boleh mengambil mudah dan mesti bekerja lebih gigih untuk mendapatkan sokongan para pengundi. 

“Beliau boleh faham isu dan masalah yang dihadapi penduduk ketika berkempen, malah sentiasa merendah diri serta mudah didekati membuatkan beliau senang bertemu penduduk setempat.

“Calon BN ini merupakan orang muda yang sangat merendah diri dan sopan, saya lihat beliau akan tunduk apabila bertemu orang ramai, biasanya perwatakan begini tiada pada calon lain,” katanya ketika ditemui membantu kempen Syed Hussien di bandar Kluang hari ini. 

Dalam pada itu, Ka Siong meminta orang ramai memberi peluang kepada Syed Hussien apabila ditawarkan seorang calon yang serba boleh, selain jauh lebih muda daripada calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang berusia 61 tahun.

Selain itu, pengalaman Syed Hussien hampir 20 tahun dalam parti UMNO yang menyaksikannya mendalami kerja-kerja memdampingi rakyat mampu dijadikan asas inspirasi perkhidmatannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN