Jangan lupa asas perjuangan parti - Anwar

Jangan lupa asas perjuangan parti – Anwar

ANWAR Ibrahim berucap dalam Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pejuang keadilan dan reformasi diingatkan untuk tidak melupakan asas penubuhan PKR.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ahli-ahlinya tidak kira latar belakang adalah yang meletakkan asas perubahan landskap politik negara.

Jelasnya, pengalaman jerih perih yang dialami oleh ramai orang untuk menegakkan keadilan dalam negara adalah bagi menghentikan amalan penyakau dan perasuah dalam negara dalam menyatukan semangat rakyat pelbagai kaum sebagai satu kesatuan.

“Jangan padamkan sejarah. Sejarah mengajar kita. (Ketika ini) kita ada kuasa, jangan lalai dengan kuasa. Ada yang pegang amanah menteri dan ahli Parlimen, jangan lupa asas perjuangan kita.

“Kita bangkit dengan segala usaha dan kepayahan. Untuk apa ribuan dipukul, dipenjara, dibelasah dan disiksa? (Semua itu) untuk memberi makna apa itu merdeka dan menghentikan amalam rasuah serta kesombongan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat bertajuk Reformasi dan Masa Depan Malaysia di sini, malam ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata, beliau memilih untuk lama berdiam diri sebelum menjawabnya pada himpunan malam ini disebabkan fokusnya untuk menjaga rakyat.

“Lama saya diam, kerana tumpu untuk menjaga rakyat. (Dalam isu peruntukan) bagi wang kepada kamu, kami adil. Tidak bagi wang kepada kamu, kami zalim. Saya tidak pedulikan perkara itu kerana saya mahukan rakyat mendapat peruntukan.

“Insya-Allah, belanjawan madani tahun ini akan cuba menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat,” katanya.

Anwar pada sama turut mencabar pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya.

“Kalau betul nak suruh (saya) turun, saya yang akan bawa usul undi tidak percaya. Saya ini Panglima Reformasi. Nak turunkan, sila! Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri,” tegasnya.

Terdahulu, himpunan dimulakan dengan sajak imbasan sejarah PKR antara tempoh 2 hingga 20 September 1998 oleh pejuang reformasi iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar, Datuk Romli Ishak, Datuk Seri Fauzi Rahman, Dr. Md Nor Manuty, Dr. Radzi, Datuk Abdullah Sani, Kamarudin Hussain, Cikgu Amidi, Krishnasamy, Khairul Anuar, dan Goh Keat Peng.

Orang ramai turut dipersembahkan pementasan, sajak serta ucapan berkaitan perjuangan sepanjang parti itu ditubuhkan oleh kepemimpinannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya