Jangan hukum kerajaan kerana seseorang - Nie Ching - Utusan Malaysia

Jangan hukum kerajaan kerana seseorang – Nie Ching

TEO NIE CHING (tiga dari kiri) meninjau operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional di Taman Ilham, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Para pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota diharapkan tidak menghukum kerajaan negeri Johor hanya kerana ‘kurang selesa’ dengan seorang pemimpin, apatah pemimpin itu bukan dari negeri ini.

Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching berkata, hakikatnya masih ramai pemimpin di peringat Persekutuan dan negeri ini yang bersungguh-sungguh dan ikhlas membangunkan negara dan Johor.

Namun, beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor mengakui kaum Cina ketika ini ‘tidak gembira’ dengan kenyataan pemimpin berkenaan yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi. 

“Apa yang lebih penting kami (kerajaan) mempunyai ramai pemimpin lain yang hendak buat terbaik untuk Johor dan Malaysia. Begitu juga di Kluang, ada wakil rakyat yang terbaik mahu berkhidmat kepada pengundi dan rakyat,” katanya selepas meninjau Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Ilham, di sini hari ini. 

Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi berharap pengundi di DUN Mahkota bersikap adil dan melihat keseluruhan pemimpin di peringkat Pusat dan negeri. 

“Ya, kadangkala kita marah sangat dengan seseorang pemimpin tetapi bagaimana dengan pemimpin yang ikhlas, yang memang bersungguh bekerja seperti Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah adil untuk menghukum semua pemimpin yang bagus hanya kerana seseorang?,” katanya.

Sebelum ini, Onn Hafiz  berharap pengundi Cina tidak menghukumnya dengan tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN tersebut.

Dipercayai isu yang dimaksudkan Onn Hafiz  merujuk kontroversi tentang pensijilan halal antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.

Sebelum kempen PRK DUN Mahkota bermula, terdapat kebimbangan bahawa serangan Akmal terhadap Teresa Kok mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk menang.

Pengundi Cina mewakili kira-kira 35 peratus daripada keseluruhan 66,318 pengundi di DUN Mahkota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya