Jaheik akan teliti kandungan buku, dokumen berkait GISBH yang ditemukan

Jaheik akan teliti kandungan buku, dokumen berkait GISBH yang ditemukan

SEBAHAGIAN buku dan dokumen yang ditemukan semasa serbuan dilakukan di premis Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) di Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) akan meneliti dokumen dan buku yang ditemukan semasa serbuan ke atas premis kediaman pengikut Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) di Kampung Panji di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud berkata, susulan penemuan itu kerajaan negeri akan terus melakukan pemantauan berhubung perkara itu.

“Setakat ini tiada keperluan untuk menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat tersebut.

“Kita (kerajaan negeri) serahkan kepada polis, Jaheik dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyelesaikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Asri memberitahu, hasil serbuan kelmarin mendapati tiada isu penderaan atau kesalahan moral dikesan berlaku.

Utusan Online semalam melaporkan, taktik pengikut Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) membakar dan menanam buku di tepi sungai di Kampung Panji di sini bagi mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas diserbu polis pagi tadi.

Serbuan pukul 7 pagi yang disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik) itu mendapati buku jenis tebal dan besar itu ditanam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Selain itu, sebahagian lagi buku dilihat sudah dibakar dan keadaan lokasi masih berbau asap.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan selepas Pegawai Eksekutif GISBH ditahan polis kelmarin.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN