Jaehong akui tugas berat berdepan JDT

Jaehong akui tugas berat berdepan JDT

PARK JAEHONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) Park Jaehong mendedahkan pasukannya berdepan ujian getir menentang pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 22 September nanti.

Beliau berkata, tugasan berat itu susulan skuad Harimau Selatan itu masih lagi segar dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Penang FC minggu lalu.

“Tugasan untuk menyediakan pasukan kali ini memang berat apabila hampir sebulan pemain-pemain tidak melalui perlawanan kompetatif sedangkan pasukan lawan masih segar dengan kemenangan besar ke atas Penang FC.

“Mereka (JDT) memiliki lebih 20 pemain yang cergas dan bersedia diturunkan pada bila-bila masa. Kami juga sekadar mengadakan perlawanan pemanas badan sesama sendiri berikutan Stadium Sultan Muhammad IV masih dalam proses penambahbaikan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Jaehong memberitahu, peluang untuk mengutip mata ke atas Harimau Selatan dilihat tipis tetapi beliau tetap enggan mengalah dan akan berusaha sebaik mungkin untuk mempersiapkan KDN FC dengan wajah baharunya untuk perlawanan berkenaan.

“Saya akan berusaha mempersiapkan sebuah pasukan yang mempu memberi tentangan sengit kepada JDT. Kami tidak boleh terlalu menghormati juara bertahan Liga Super itu. Lawan tetap lawan.

“KDN FC akan tampil sebagai sebuah paaukan yang telah berubah kali ini dan saya yakin kita boleh beri tentangan sengit,” ujarnya.

Terdahulu, KDN FC merekrut tiga pemain import baharu serta tiga pemain tempatan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dan berkemungkinan besar kesemuanya dapat diturunkan pada aksi menentang JDT nanti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya