Isteri kedua CEO GISBH ditahan di Kota Bharu

Isteri kedua CEO GISBH ditahan di Kota Bharu

SEBAHAGIAN individu yang ditahan ditahan menerusi Op Global selepas kediaman mereka di Kampung Panji, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Isteri kedua kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) ditahan polis menerusi Op Global di Kampung Panji di sini pagi tadi.

Selain itu, turut ditahan menerusi operasi itu puluhan individu termasuk warga emas, bayi dan kanak-kanak.

Kesemua mereka yang berusia enam bulan sehingga 70-an itu dibawa menaiki tiga buah van polis dan satu van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke pusat saringan pukul 9.30 pagi selepas operasi itu selesai.

Terdahulu, polis itu merampas puluhan buku yang ditanam dan dibakar di tepi sungai berhampiran rumah terbabit.

Operasi itu turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN