GAZA: Israel sedang menyiasat kemungkinan Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar sudah meninggal dunia selepas pemimpin yang beroperasi di Gaza itu didakwa tidak dapat dihubungi untuk jangka masa agak lama. Media Israel mendakwa, Direktorat Perisikan Tentera IDF menyatakan Sinwar mungkin terbunuh dalam serangan di Gaza, namun tiada bukti mencukupi untuk mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun, agensi Shin Bet percaya pemimpin kumpulan pejuang berkenaan masih hidup. Beberapa laporan memetik sumber berkata, Yahya pernah hilang sementara daripada radar dan kemudian muncul semula untuk mengeluarkan mesej berkaitan rundingan perjanjian gencatan senjata atau isu lain.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya