GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan terhadap Sekolah Halimah al-Saadiyah di utara Gaza sehingga mengorbankan lapan rakyat Palestin yang mencari perlindungan di lokasi berkenaan.
Lima mangsa lain turut dilaporkan terkorban di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza, lapor Al Jazeera.
Sehingga kini, seramai 40, 878 mangsa terkorban dan 94,454 cedera di Semenanjung Gaza.