Israel benarkan penduduk di utara pulang ke rumah

Israel benarkan penduduk di utara pulang ke rumah

SERANGAN peluru yang ditembak dari Israel meletup di kampung sempadan selatan Lubnan, Khiam, pada 11 September lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel akan membenarkan pendatang haramnya yang tinggal di utara untuk kembali ke kediaman masing-masing, selepas wilayah tersebut diserang oleh kumpulan Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan.

Menurut unit komunikasi Perdana Menteri, keputusan tersebut diluluskan semasa mesyuarat Kabinet oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

“Kepulangan penduduk Israel ke rumah masing-masing di utara akan menjadi sebahagian objektif perang Tel Aviv. Kami akan memastikan matlamat ini tercapai,” jelas pejabat Natanyahu.

Usul itu dikemukakan selepas puluhan ribu penduduk di utara dipindahkan dari rumah mereka, susulan serangan oleh kumpulan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, ketika Hezbollah mula menyerang utara Israel hampir setiap hari.

Israel mengancam untuk melancarkan operasi besar-besaran bagi menyekat bedilan Hezbollah dari sempadan.

Keputusan Kabinet semalam juga dibuat ketika Utusan Khas Amerika Syarikat melawat Israel dalam usaha mencapai penyelesaian diplomatik dan mengelakkan peningkatan ketegangan di wilayah tersebut.

Setakat ini, matlamat perang Israel adalah untuk menghapuskan keupayaan ketenteraan dan pemerintahan Hamas, memulangkan semua tebusan dan memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel.

Sejak konflik Palestin-Israel bermula 11 bulan lalu, Hezbollah sehari kemudian melancarkan serangan hampir setiap hari di sepanjang sempadan Israel-Lubnan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN