TEHERAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menyifatkan sekatan terbaharu Barat terhadap Teheran gagal memberikan sebarang kesan selepas negaranya didakwa membekalkan senjata kepada Russia. Abbas berkata, negara Barat masih tidak tahu bahawa sekatan adalah ‘alat yang gagal’ untuk menekan Iran, lapor agensi berita rasmi IRNA. Beliau berkata, sekatan adalah kaedah untuk menekan serta boleh mendatangkan konfrontasi dan tidak boleh menyelesaikan masalah. Menurut Abbas, Iran sentiasa terbuka untuk rundingan dan dialog dengan negara-negara lain, namun ia harus dibuat berdasarkan prinsip saling menghormati, bukan dengan ancaman dan tekanan. Selasa lalu, Britain, Perancis dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya